Ahli Parlimen Ireland Kutuk Amalan Pilih Kasih Sekatan Antara Ukraine Dan Palestin | Malaysia News
February 21, 2024

Ahli Parlimen Ireland kutuk amalan pilih kasih sekatan antara Ukraine dan Palestin

Richard Boyd Barret - Ireland member of parliament

Ahli Parlimen Ireland kutuk amalan pilih kasih sekatan antara Ukraine dan Palestin

Ramallah – Komuniti antarabangsa gagal mengutuk amalan apartheid Israel selepas 70 tahun melakukan penindasan dan pencerobohan terhadap penduduk Palestin, kata Ahli Parlimen Ireland, Richard Boyd Barret.

Menurut beliau, warga Palestin dilayan seperti bangsa bawahan dan dinafikan akses kepada makanan dan air.

“(Namun) Tiada sekatan dikenakan ke atas Israel kerana rejim apartheid ini. Hipokrit sungguh,” kata Barret yang merujuk kepada kutukan masyarakat antarabangsa ke atas operasi ketenteraan di Ukraine.

Beliau menambah: “Anda perlu berhati-hati mengenai bahasa anda… Tetapi anda tidak menggunakan kekuatan bahasa yang sama apabila ia menghuraikan layanan Israel kepada Palestin apabila kini didokumenkan dan diperincikan oleh dua organisasi hak asasi manusia paling dihormati di dunia,”.

“Sesiapa yang melihat secara jujur terhadap keganasan, penganiayaan yang tidak berperikemanusiaan, serangan berterusan ke atas Gaza, pencerobohan tanah dan wilayah serta pelaksanaan undang-undang apartheid secara sistematik sejak berdekad, anda masih tidak mahu menggunakan perkataan apartheid (kepada Israel), apa lagi dengan (mengenakan) sekatan,” katanya seperti dipetik agensi berita WAFA.

Sementara itu menerusi rakaman video yang disiarkan Middle East Eye, Barret mempersoalkan adakah masyarakat dunia akan menyokong gesaan Amnesty International untuk merujuk Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukannya itu.

Katanya, mereka menggesa untuk menyasarkan sekatan terhadap pegawai Israel yang melaksanakan sistem apartheid secara berkekalan, sama seperti sekatan yang dikenakan ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Jawapannya jelas, anda tidak akan menyokongnya (sekatan ke atas Israel,” ujarnya. [MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply