Akar umbi UMNO tidak selesa kemasukan Bersatu ke dalam MN
Akar umbi UMNO tidak selesa kemasukan Bersatu ke dalam MN
Kuala Lumpur, MTN – Akar umbi UMNO tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN).
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, lapor FMT hari ini.
“Saya menerima banyak maklum balas dari akar umbi yang tidak selesa dengan idea (PPBM bergabung dengan MN) dan tidak setuju dengan langkah tersebut.
“Ramai ahli UMNO masih ingat penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada kami (oleh pemimpin Bersatu sebelum PRU14) dan masih terasa sakit sehingga kini,” katanya sambil menambah UMNO perlu mendengar keluhan akar umbinya.
“Kehadiran saya di sini (sebagai timbalan presiden) adalah kerana akar umbi, jadi kepentingan mereka mesti dijaga,” katanya.
Mohamad berkata walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada jawatankuasa MN untuk menentukan penyertaan Bersatu ke dalam gabungan itu namun ia perlu dirujuk terlebih dahulu ke Majlis Tertinggi parti.
Katanya, UMNO perlu mendapat mandat daripada Majlis Tertinggi yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti dan mewakili akar umbi.
“Tidak ada bezanya ketika kami memutuskan untuk membentuk MN dengan PAS. Keputusan akhir dibuat oleh Majlis Tertinggi,” katanya.
UMNO dan Pas bergabung di bawah MN sejak September tahun lalu.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri