Akibat Covid-19, Konsert Khai Bahar Ditunda | Malaysia News

Akibat Covid-19, Konsert Khai Bahar Ditunda

Akibat Covid-19, Konsert Khai Bahar Ditunda

Kuala Lumpur, MTN – Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini selama dua malam pada 27 Mac depan ditangguhkan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Penganjur konsert, Fauziah Ahmad Daud berkata, syarikatnya, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd membuat keputusan menangguhkan acara berkenaan demi keselamatan semua pihak.

Menafikan konsert berkenaan dibatalkan, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata, tarikh baharu acara berkenaan akan diumumkan selepas pihaknya berbincang dengan pengurusan IB.

“Selepas berbincang dengan produksi dan sebagai mematuhi arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita setuju menangguhkan konsert ini kepada tarikh lain.

“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert ini ditunda, bukan dibatalkan. Sebarang perkembangan terbaru mengenai acara ini akan saya maklum dari masa ke semasa,” katanya memetik laporan BH Online.

Ogy bagaimanapun melihat penangguhan konsert terbabit sebagai hikmah kepada pasukan produksi termasuk Khai.

“Khai terima berita ini dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya, Khai ada banyak masa lagi untuk berlatih bagi memantapkan persembahan,” katanya.

Konsert berskala mega itu bakal menyaksikan Khai menyanyikan hampir 20 lagu popular.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply