Aktivis UMNO Dakwa Mahiaddin Akan Letak Jawatan Hari Ini | Malaysia News
February 15, 2025

Aktivis UMNO Dakwa Mahiaddin Akan Letak Jawatan Hari Ini

Aktivis UMNO Dakwa Mahiaddin Akan Letak Jawatan Hari Ini

Aktivis UMNO Dakwa Mahiaddin Akan Letak Jawatan Hari Ini

Kuala Lumpur, MTN – Blogger dan aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin mendakwa, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin di jangka meletakkan jawatan pagi ini.

“Mahiaddin Yasin di jangka hantar surat perletakan jawatan pagi ini.. Berkuat kuasa hari ini,” tulis beliau menerusi Facebooknya.

Penyataan ini tidak dapat disahkan sejauh mana ia benar atau hanya andaian beliau semata-mata.

Lewat petang semalam Mahiaddin bertemu dengan pemimpin Perikatan Nasional di Putrajaya namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan mengenainya.

Para pemimpin yang terlibat juga menguncikan mulut masing-masing dari bercakap mengenainya.

Sebelum ini, Malaysia Dateline difahamkan, Mahiaddin bercadang mempercepatkan sidang Parlimen sehingga minggu depan berbanding September nanti.

Ia didakwa berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan beliau dengan Yang Dipertuan Agong bagi menentukan keabsahan beliau sebagai perdana menteri.

Ini berikutan tindakan Umno menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong bahawa 14 ahli parlimen mereka menarik diri dari menyokong kerajaan PN.

Susulan itu, semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang, Muda dan bebas juga berbuat perkara yang sama.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply