Altimet Sah Sertai PKR | Malaysia News
April 13, 2021

Altimet sah sertai PKR

MTN – Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet kini sah menyertai PKR.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan Altimet pada majlis “Siri Temu Anwar” di sebuah hotel di Ampang, malam ini.

Penyampaian kad keahlian Altimet juga disampaikan oleh ibu penyanyi rap itu sendiri, Jamalah Agil.

Majlis malam ini turut menampilkan penghibur Afdlin Shauki serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Afdlin pada 30 Mac lalu telahpun mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR.

Advertisement

Menurutnya, semangat kental perjuangan Anwar menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya,” jelas Afdlin.

Malam ini bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Afdlin Shauki dan Altimet dalam sesi #TemuAnwar anjuran Anwar…

Posted by Anwar Ibrahim on Thursday, April 1, 2021

 

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •