MTN – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas mentaliti pihak yang menganggap wang adalah segala-galanya dalam mencapai keinginan.
Sindiran itu disampaikan oleh Tun Mahathir di laman blog miliknya, chedet.cc
Tiada nama yang dinyatakan dalam posting tersebut mahupun mengaitkan penglibatan mana-mana pihak secara terus.
Postingan itu jelas menyentuh mengenai isu politik dan rasuah yang dilihat semakin parah di negara ini.
“Kenapa cash (tunai) itu king (raja). Cash is King kerana cash berkuasa.
“Kalau bagi cash, bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma lompat parti.
“Dinding tinggi pun lepas. Kalau bertanding dalam PRU (pilihan raya umum), guna cash tetap menang,” katanya dalam postingan tersebut.
Selain itu, hantaran sinis berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu rasuah yang melibatkan kes-kes jenayah dalam negara.
“Kata IGP, penjenayah ditolong oleh orang termasuk polis supaya (dapat) lari. Menyelamatkan diri.
“Itu adalah kuasa tunai. Ada tunai, semua boleh. Malaysia boleh. Boleh apa? Boleh buat apa sahaja jika ada wang tunai, termasuk menyamun,” kata Tun M.
Sindiran berkenaan menggambarkan sifat tamak individu yang mengutamakan wang dan kekayaan yang sanggup mengorbankan maruah serta kehormatan negara.
“Tidak cukup tunai, dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat, tubuhkan syarikat, pinjam wang, curi duit cukup untuk menyelamatkan diri dan menang PRU.
“Fikirlah. Tidak pernah ada duit tiba-tiba diberi lima million.
“Bodohlah kalau tak balas. Hilang negara pun tidak mengapa. Bangsa diperlekeh juga tidak mengapa,” sindir Dr M menerusi posting yang sama.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar