AMANAH & DAP Perlu Putuskan Hubungan dengan Tun
AMANAH & DAP Perlu Putuskan Hubungan dengan Tun
1) Tindakan Tun kebelakangan ini banyak bercanggah dgn semangat & hala tuju PH. Setelah mencalonkan diri sendiri gagal, Tun mencalonkan pula Presiden Warisan sedangkan Warisan bukanlah komponen PH.
2) Apa rasionalnya Tun memilih Shafei yang kerusinya lebih sedikit daripada Amanah? Jika tidak mahu DAP, kenapa tidak pilih Amanah? Amanah lebih banyak kerusi dari Warisan. Amanah parti Islam & didominasi Melayu. Kenapa Shafei, kenapa tidak Bang Mat? Bang Mat mantan Menteri Pertahanan yg merupakan portfolio kanan kerajaan. Sebab Bang Mat tak ada skandal untuk diugut jika enggan menurut kemahuan? Sebab Bang Mat tak boleh diperkudakan terutama untuk membalas dendam? Apa rasionalnya?
3) Jika kita masih ingat, ketika PRU14, Warisan tidak pernah sekalipun berada dalam mesyuarat PH. Malah Shafei tidak pernah berkempen pun di Semenanjung agar rakyat memilih PH. Out of nowhere, Shafei diangkat Tun menjadi calon Perdana Menteri PH. Bukankah ini sekadar memperkudakan Shafei dan membodohkan PH? Ramai melihat Shafei kini selesa mentadbir Sabah dan tidak berkeinginan pun ke Pusat. Beliau kini seperti “Perdana Menteri” di Sabah. Kenapa perlu peningkan kepala di Pusat?
4) Lebih teruk lagi tindakan Tun ini boleh dilihat sebagai collateral damage strategy untuk menjahanamkan PH itu sendiri. Bagaimana?
5) Jika DAP setuju pilihan Mahathir, percayalah bahawa pengundi cina tidak akan mengundi DAP lagi sebagaimana mereka tidak mahu mengundi MCA. Pengundi cina bukan mcm pengundi Melayu yg mengundi kerana mahu Melayu menjadi wakil. Tak kisah Melayu itu penyamun atau penjual agama janji Melayu. Pengundi cina menilai dari apa yg mereka akan dapat dari undian mereka lalu mereka tidak akan teragak² untuk menukar undi. Ini ditunjukkan dgn jelas oleh pengundi cina di PRK Tanjung Piai. Jika DAP mahu menjadi MCA yg ditolak pengundi cina, silakan terus bersama Tun Mahathir.
6) Jika Amanah setuju pilihan Mahathir kali ini, percayalah sokongan pengundi terhadap Amanah akan terjejas. Kerusi² Amanah seperti Kota Raja & Shah Alam dan kerusi² bandar akan beralih arah. Terdapat info bahawa sudah ada ahli Amanah yang mahu beralih sokongan & keahlian jika Amanah terus dilihat “melekat” di kaki Tun. Bagilah alasan untuk menyatukan Tun dengan Anwar sekalipun, rakyat kini sudah melihat Amanah masih ragu² untuk menolak Tun dan masih berharap Tun mampu menumbangkan PN atas nama mandat rakyat.
7) Sesekali pemimpin Amanah & DAP perlu menjeling ke arah komen² netizen di page² pemimpin sendiri dan juga portal² berita. Lihat sendiri penolakan rakyat terhadap Tun Mahathir. Perlu peka kepada mood ini jika mahu kekal diterima. Keluarkan kenyataan rasmi dengan segera. Putuskan hubungan politik dengan Tun Mahathir. Beliau adalah liabiliti kepada Amanah & DAP. Kembali kepada perjuangan membela rakyat di dalam PH. Kita perkuatkan PH. Rakyat dahagakan perubahan & pembaharuan. Tun tiada agenda ini. Begitu juga dengan Shafei.
Good morning sahabat.
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Puchong, Selangor