Amerika dan sekutunya berat sebelah bela Ukraine, Palestin


Amerika dan sekutunya berat sebelah bela Ukraine, Palestin
Washington – Sejak meletusnya perang Ukraine pada 24 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya-sekutunya di Eropah menyokong pelbagai sekatan ekonomi dilakukan terhadap Rusia kerana menyerang negara berkenaan.
Perang itu mendapat liputan meluas menerusi media sosial dan akhbar-akhbar di Barat, namun kecepatan negara-negara kuasa besar serta Barat bertindak balas dianggap sebagai berat sebelah berbanding konflik yang berlaku di Palestin.
Serangan ke atas Ukraine turut mendapat reaksi berlebihan dalam dunia sukan apabila Rusia turut dikecualikan daripada menyertai dan menjadi tuan rumah beberapa acara sukan, manakala Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melarang negara tersebut daripada menyertai pertandingan anjurannya.
Malah, pakar media, wartawan dan tokoh politik telah dituduh bertindak berat sebelah apabila memuji penentangan yang dilakukan oleh tentera Ukraine terhadap askar-askar Rusia.
Seorang wartawan kanan stesen penyiaran televisyen CBS News di Kiev, Charlie D’Agata dilaporkan pernah berkata bahawa keadaan di Ukraine tidak seperti di Iraq atau Afghanistan yang telah menyaksikan perang berlaku selama beberapa dekad.
Menurutnya, Ukraine lebih bertamadun berbanding Iraq dan juga Afghanistan.
Kenyataannya itu pula diikuti dengan komen negatif daripada pelbagai pihak dan wartawan kanan itu pula akhirnya meminta maaf, selain menyatakan beliau tidak boleh membandingkan perang Ukraine dengan Iraq serta Afghanistan. [SH]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar