AMK: Azmin, Cerminlah Diri Sendiri | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652

AMK: Azmin, Cerminlah Diri Sendiri

Kuala Lumpur, MTN | Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta cermin diri sendiri susulan kenyataanya bahawa Pakatan Harapan telah gagal menjadi kerajaan selama 22 bulan ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Slim.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Wan Muhammad Haikal yang hairan dan keliru dengan kenyataan itu bertanya adalah Azmin mengeluarkan kenyataan itu dalam keadaan sedar atau separuh sedar.

”Sedarkah Azmin bahawa ketika Pakatan Harapan memerintah dahulu terdapat 26 menteri telah dilantik di dalam kabinet dan 6 daripadanya masih lagi menjawat jawatan menteri di bawah kerajaan tebuk atap ini.

”Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemulihan ekonomi Malaysia pada ketika itu? Jelas tanggungjawab itu bergantung kepada kebijaksanaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin Ali sendiri pada waktu tersebut.

”Sedarkah Azmin juga bahawa ekonomi gagal dijana dengan baik sepanjang beliau menjawat jawatan menteri tersebut? Dasar-dasar ekonomi lebih banyak berada di bawah MOE dan bukannya MOF (Kementerian Kewangan),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kempen itu, Azmin turut berkata, jika Pakatan Harapan masih lagi merupakan kerajaan ketika pandemik Covid-19, maka akan lebih ramai lagi rakyat yang akan mati.

Tetapi kematian bukan kerana Covid-19 tetapi kerana Pakatan Harapan, kata Azmin lagi.

Wan Muhammad menambah, selama Pakatan Harapan memerintah tempoh lalu, antara isu yang sering dimainkan adalah tulisan jawi, bendera terbalik, kes pembelaan terhadap arwah Adib dan beberapa isu lain.

Kesemua isu isu ini berada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Perdana Menteri sekarang.

Bahkan kes arwah Adib ini juga terpalit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang mana pada ketika itu di terajui oleh Zuraida Kamaruddin dan masih lagi dibawah beliau.

”Tidak kurang juga isu yang dimainkan oleh UMNO tentang keselamatan negara, soal sempadan dan soal hubungan diplomatik. Siapakah menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu? Jawapannya menteri luar iaitu YB Saifuddin Abdullah, yang mana beliau juga masih lagi berada di dalam kabinet kerajaan PN. Maka siapakah yang lemah?

”Tidak juga kita lupa dengan YB Mohd Redzuan Md. Yusof yang juga dikenali dengan panggilan menteri kereta terbang. Tidak sedarkah Azmin Ali bahawa isu isu ini yang dilihat melemahkan Pakatan Harapan?

“Dan sedarkah Azmin betapa lemahnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Rina Mohd Harun sehingga mengambil masa yang lama untuk menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) walhal perkara tersebut perlu disegerakan pada ketika itu bagi membolehkan ahli ahli Pakatan Harapan membantu rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Wan Muhammad berharap Azmin kembali berpijak di bumi yang nyata dan jangan kerana jawatan dan wang, semuanya tidak mampu dilihat secara realiti. [mg]

Facebook Comments