Anwar Beri Keterangan Pada Polis

Anwar Beri Keterangan Pada Polis
Polis telah merakam keterangan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung dakwaan salah laku seksual terhadapnya, tengah hari ini.
Penolong Pengarah utama CID D5 (Bahagian Pendakwaan dan Perundangan) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata Anwar berada di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur selama satu setengah jam.
Anwar tiba di sana kira-kira pada pukul 3.40 petang dan beredar kira-kira pada pukul enam petang.
Pada 7 Disember lalu, bekas pekerja Anwar, Muhammad Yusoff Rawther membuat laporan polis berhubung perkara itu dan memberi keterangan di Bukit Aman dua hari kemudian.
Menerusi satu perakuan bersumpah, dia mendakwa insiden itu berlaku di rumah Anwar di Segambut pada 2 Oktober, ketika kempen PRK Port Dickson yang ditandingi presiden PKR itu.
Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata dia sibuk berkempen untuk PRK Port Dickson – yang masuk hari keempat pada tarikh tersebut – pada hari kejadian itu didakwa berlaku.
-Malaysiakini
Author Profile

Latest entries
NationalMay 31, 2026Bunyi letupan meriam di Putrajaya pada 3, 5 Jun
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen



