Pulau Besar Melaka Hendak Dijual Kepada Singapura?
Pulau Besar Melaka Hendak Dijual Kepada Singapura?
Tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah.
(Gambar fail)
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun berkata, sebahagian besar pemilikan pulau berkenaan iaitu sebanyak 80 peratus adalah milik persendirian dan hanya 20 peratus pemilikan pulau berkenaan dimiliki Kerajan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Adly berkata, perbincangan dengan pemegang pemilikan terbesar Pulau Besar iaitu sebuah syarikat swasta masih dijalankan bagi memastikan beliau boleh membangunkan pulau itu dengan kerjasama PKNM serta MAIM dan Kerajaan Negeri tidak pernah dimaklumkan tentang khabar penjualan terbabit.
Malah katanya, kerajaan negeri juga menerima peruntukan RM9 juta bagi menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal menghasilkan reka bentuk pelan pembangunan dan pelancongan pulau terbabit pada tahun hadapan.
“Dia kalau kita lihat dari segi entiti Pulau Besar ini, kebanyakan dimiliki tiga pihak. Yang pertama adalah hampir 80 peratus daripda pulau besar itu dimiliki oleh Tan Sri Wan Azmi, 80 peratus. Berbaki sebahagiannya baki itu dikongsi oleh PKNM dan juga Majlis Agama Islam. Jadi tak timbul soal Pulau Besar ini nak dijual kepada Singapura,” katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di sini hari ini.
Hadir sama, Exco Perindustrian Perdangangan dan Pelaburan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Terdahulu, tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menerima penyerahan tunai dan aset berbentuk hartanah milik dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM144 juta.
-Astroawani
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin