Peralihan Jawatan PM: Majlis Presiden PH Perlu Buat Keputusan Secara Konsesus | Malaysia News

Peralihan Jawatan PM: Majlis Presiden PH Perlu Buat Keputusan Secara Konsesus

Peralihan Jawatan PM: Majlis Presiden PH Perlu Buat Keputusan Secara Konsesus

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu membuat keputusan secara konsensus sama ada peralihan kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berlaku pada Mei atau selepas November 2020.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, badan tertinggi dalam PH adalah Majlis Presiden selaku organisasi utama yang membuat semua keputusan penting termasuk proses peralihan kepimpinan negara daripada Dr Mahathir kepada Anwar.

“Sama ada telah ada perjanjian atau tidak bahawa proses transisi itu perlu berlaku dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), itu adalah urusan Majlis Presiden PH untuk kendalikannya.
Adakah ada peralihan tersebut sebelum atau selepas November 2020, sebaliknya PH perlu pastikan kerajaan kekal stabil dan boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat, itu yang paling penting,” katanya Seperti yang dipetik daripada Sinar Harian.

Menurut Mohd Yusri lagi, rakyat telah memberi mandat kepada PH untuk memerintah Malaysia melalui PRU14 dan perlu menjadi keutamaan.

“Paling penting pastikan peralihan tersebut berlangsung dengan lancar tanpa merisikokan negara dan rakyat. Jika Majlis Presiden PH boleh bersetuju transisi tersebut dilakukan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November 2020, bagi saya itu lebih baik, mungkin itu waktu yang lebih kondusif.

“Bagaimanapun semuanya bergantung kepada konsensus Majlis Presiden,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply