Tun M Janji Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Kerajaan Terdahulu | Malaysia News

Tun M Janji Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Kerajaan Terdahulu

Tun M Janji Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Kerajaan Terdahulu

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas menyelesaikan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya telah berjanji, bahawa saya akan melepaskan jawatan sebaik sahaja saya menyelesaikan beberapa masalah utama yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya akan serahkan kepimpinan kepada seorang calon yang telah dinamakan oleh pakatan (Pakatan Harapan),” katanya dalam temuramah yang disiarkan secara langsung oleh stesen Al Jazeera, di Forum Doha 2019, di sini hari ini.

Semasa ditanya sekiranya beliau akan melepaskan jawatannya selepas tahun 2020, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian hanya selepas membetulkan semua masalah-masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, yang amat serius dan tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

Beliau berkata kerajaan telah diberi mandat selama lima tahun bagi mencapai objektifnya dan banyak yang sudah dicapai dalam tempoh satu setengah tahun yang lepas, termasuk menambah baik keadaan kewangan negara.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply