Otai Reformasi Desak PKR Pecat Azmin dan Pasukannya
Otai Reformasi Desak PKR Pecat Azmin dan Pasukannya
Kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum kepada PKR bagi mendesak tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.
Memorandum itu turut disokong oleh kumpulan pendesak Jingga 13 dan badan yang yang menamakan diri mereka Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Selangor, kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Bercakap kepada pemberita, Idris menggesa Azmin dan pasukannya dipecat daripada jawatan atau digantung keanggotaan kerana tidak hadir “tanpa alasan” hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka minggu lepas.
Idris juga menyenaraikan nama lima pemimpin pro-Azmin, iaitu Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Hilman Idham, Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan exco Pulau Pinang PKR Permatang Pauh Dr Afif Bahardin.
“Tindakan ini sangat wajar memandangkan mereka telah menjejaskan dan mencemarkan nama baik dan imej parti serta reputasi Pakatan Harapan di mata rakyat,” katanya.
Idris diiringi sekumpulan penyokong ketika menghantar memorandum satu halaman itu.
Azmin dan pasukkanya tidak hadir pada hari terakhir kongres PKR, selepas mendakwa orang nombor dua PKR itu menjadi sasaran kritikan oleh perwakilan, meskipun Anwar telah membuat seruan perdamaian sebelum itu.
Kongres itu turut dicemari insiden pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan dan menyaksikan kumpulan Azmin keluar dewan beramai-ramai.
Sementara itu, Idris juga menuntut PKR menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggugurkan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
“Beliau secara terang-terangan menghina Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain semasa majlis makan malam di Kuala Lumpur,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020