Anwar Ibrahim bidas JPPM tolak pendaftaran parti Dr M, Syed Saddiq

Anwar Ibrahim bidas JPPM tolak pendaftaran parti Dr M, Syed Saddiq
Petaling Jaya, MTN – Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim membidas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Presiden PKR itu berkata, tindakan itu langsung tidak boleh diterima memandangkan hak berpersatuan termaktub dan dijamin Perlembagaan Persekutuan.
“Kita harus desak JPPM menjelaskan kenapa pendaftaran dua parti ini ditolak. JPPM bukanlah alat politik untuk kerajaan persekutuan gunakan dan manipulasinya bersesuaian agenda mereka,” katanya dalam kenyataan.
Anwar berkata, ketelusan dan kebertanggungjawab harus ditegakkan serta dijamin supaya semua kakitangan JPPM menyedari peranan dan tanggungjawab mereka.
“Mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Terdahulu, media melaporkan JPPM menolak permohonan Pejuang dan Muda tanpa memberi sebarang sebab.
Pejuang ditubuhkan sebagai parti bebas berteraskan orang Melayu, selepas kumpulan yang dikaitkan dengan Mahathir meninggalkan PPBM, yang juga ditubuhkan bekas perdana menteri itu.
Anggota pengasas Pejuang lain ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh dan Marzuki Yahaya.
Muda pula mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Syed Saddiq. Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini dilapor mendaftarkan parti barunya dengan JPPM pada 17 Sept lalu.
[FMT]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun