Anwar Ibrahim: MP Umno tarik balik sokongan terhadap PN sebagai ‘Langkah Bijak’

Anwar Ibrahim: MP Umno tarik balik sokongan terhadap PN sebagai ‘Langkah Bijak’
Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR menyifatkan keputusan ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai “keputusan bijak”.
Anwar berkata, langkah itu wajar susulan kegagalan kerajaan PN dalam pelbagai perkara.
“Itu satu keputusan bijak. Kalau kerajaan lemah, tak upaya tangani Covid-19 dengan berkesan, ekonomi lembab dan pelaburan tak sampai, kemudian pendidikan…
“Semua (perkara ini) kita hadapi masalah,” katanya ketika sidang media di Port Dickson hari ini.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Ahli Parlimen Machang daripada Umno, Ahmad Jazlan Yaakub untuk menarik sokongannya kepada Muhyiddin.
Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga mengumumkan perkara sama.
Anwar berkata, kerajaan pada masa ini lebih cenderung “menyelamatkan kedudukan” berbanding menyelamatkan negara.
“Penyelesaian mereka hanya beri upah dan kedudukan kepada tokoh-tokoh politik. Saya rasa ini patut dihentikan,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
Katanya lagi, negara perlu memiliki sistem yang stabil dan kuat yang mampu menetapkan hala tuju negara dengan lebih berkesan.
“Ini tentang upaya untuk menyelamatkan negara, bukan menyelamatkan kedudukan satu, dua orang.
“Dengan peluang yang diberikan kepada kepimpinan yang ada sekarang, kita harus beralih kepada kekuatan dan kepimpinan baru,” katanya lagi.
[mk]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia