Mohamad Damshal Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Oleh TH | Malaysia News

Mohamad Damshal Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif oleh TH

Mohamad Damshal Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif oleh TH

Kuala Lumpur, MTN – Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa 11 Januari 2021.

Sebelum ini beliau adalah Ketua Pegawai Pelaburan TH dan berpengalaman lebih 27 tahun dalam industri pelaburan tempatan dan luar negara.

Seorang Penganalisis Kewangan Bertauliah, Mohamad Damshal juga adalah bekas anggota TH, berkhidmat sejak 1999 – 2003 dalam perancangan korporat dan mengetuai pengurusan pelaburan pendapatan tetap.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof berkata, TH mengambil kira pengalaman dan kepakaran anggota dalamannya untuk menyandang jawatan dalam pengurusan kanan, selari dengan Pelan Rancangan Penggantian yang sedang dibangunkan.

”Dengan pelantikan Mohamad Damshal, Pengurusan Kanan TH yakin kepakaran beliau dalam aspek pelaburan dapat membantu TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan dari wabak Covid-19. TH,” katanya.

 

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply