KWSP Temerloh Dan Georgetown Dibuka Semula Hari Ini | Malaysia News

KWSP Temerloh dan Georgetown Dibuka Semula Hari ini

KWSP Temerloh dan Georgetown Dibuka Semula Hari ini

Kuala Lumpur, MTN – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunternya di Temerloh, Pahang dan Georgetown, Pulau Pinang mulai hari ini Isnin, 11 Januari 2021.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan anggotanya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di cawangannya di seluruh negara.

“Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu.

“Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam memainkan peranannya untuk membendung penularan pandemik COVID-19, KWSP mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kefahaman para ahli akan usahanya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui saluran fizikal dan elektronik.

Bagi maklumat lanjut, ahli-ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03- 8922 6000 ataupun melayari laman web KWSP.

 

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply