Anwar: PN Berpaut Di Dahan Rapuh Bila Lantik MP Terajui GLC | Malaysia News

Anwar: PN Berpaut di Dahan Rapuh Bila Lantik MP Terajui GLC

Anwar: PN Berpaut di Dahan Rapuh Bila Lantik MP Terajui GLC

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) ibarat “berpaut di dahan rapuh” apabila melantik semua anggota parlimen kerajaan persekutuan yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri bagi mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini, kata Anwar memperlihatkan betapa lemahnya pentadbiran PN.

Malah, Anwar berkata apa yang berlaku ini juga menunjukkan satu budaya yang sangat tidak sihat dan membimbangkan.

“Kita lihat GLC, hampir semuanya diambil tokoh-tokoh politik atau anggota parlimen.

“Tokoh-tokoh politik itu jadi barang jual beli, tidak pertahankan prinsip tetapi siapa yang ada hutang, siapa jadi menteri, siapa yang ada pangkat GLC dia boleh berubah kiblat.

“Umpamanya satu budaya yang sangat tidak sihat. Ini yang kita rasa bimbang. Ini kerana pemerintahan pentadbiran PN sangat lemah dan terpaksa berpaut kepada dahan yang sangat rapuh,” katanya dalam siaran langsung di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson berkata tidak semua wakil rakyat PN yang dilantik itu mampu dalam bidang-bidang yang diertai mereka.

“Bayangkan, tak semua anggota Parlimen mampu dalam bidang tersebut, melainkan dipilih dengan kelayakan masing-masing untuk mewakil rakyat mereka

“Ada tempat yang sesuai dan ada tempat yang tak sesuai. Tetapi tak akanlah dalam jutaan rakyat yang punyai kelayakan, profesionalisma itu hanya anggota parlimen yang layak,” katanya.

Selain itu, Anwar juga turut berharap wakil rakyat Pakatan Harapan(PH) tidak terpedaya dan terjerumus dengan tarikan harta yang dijanjikan PN.

“Mudah-mudahan rakan-rakan kita yang setia, yang berpegang kepada prisip tidak akan terjerumus sehingga akan tewas dengan tarikan harta, kedudukan dan sebagainya,” katanya.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply