Apa Kerajaan PN Buat Untuk Selamatkan Melayu?
Apa Kerajaan PN Buat Untuk Selamatkan Melayu?
Kuala Lumpur, MTN – Apa kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat menyelamatkan Melayu sejak memerintah pada Mac lalu?
Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan PN bila berkuasa mendakwa keperluan menggantikan PH (Pakatan Harapan) bagi menyelamatkan Melayu.
“PN pertikai di bawah PH, Melayu akan menderita dimalukan dan hilang tempat di negara ini.
“Apa PN buat sejak memerintah Mac lalu mempertahankan Melayu?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Presiden PKR itu juga mendakwa kerajaan mengumpul barisan Kabinet yang menyebabkan kos tambahan sebanyak RM7.6 bilion setahun.
Kerajaan PN juga didakwa melantik ahli Parlimen yang menerima elaun yang besar dalam anak-anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sehingga membuatkan golongan profesional di negara ini terpinggir.
Kerajaan PN didakwa hanya memberi janji di bibir sahaja berkaitan isu tata kelola kerajaan yang baik dan memerangi rasuah.
Beliau juga mengulangi perlunya setiap peruntukan yang dikeluarkan dibahas di Parlimen.
Terdahulu, Anwar juga menekankan perlu usaha menangani masalah kemiskinan yang berlaku ekoran penularan Covid-19.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri