Apa Sumbangan Azmin Ali Kepada Anak Muda? | Malaysia News

Apa Sumbangan Azmin Ali Kepada Anak Muda?

‘Apa sumbangan Azmin kepada anak muda, soal perwakilan’

AYER KEROH: Ketua Pemuda PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari mempersoalkan kepimpinan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam parti itu dan kerajaan, termasuk sumbangannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi kepada generasi muda.

“Golongan anak muda di negara ini masih terhimpit dengan masalah ekonomi.

“Saya ingin bertanya apakah program (yang dibawa Azmin) untuk anak muda, sehingga dapat dirasai,” katanya di Kongres Nasional PKR, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC).

Ketika Mohammed Firdaus berbahas, Azmin berada pada kerusinya di atas pentas selaku Timbalan Presiden PKR.

Menutup perbahasannya, Firdaus turut mempersoalkan mengenai kepimpinan Azmin di dalam parti yang dilihat berbeza dengan Anwar.

“Presiden, Anwar Ibrahim mempunyai hak lantikan. Kita hormat organisasi rakyat, ketepikan kabilah fokus kerja dan amanah diberikan.

“Janganlah jadi talam dua muka untuk keuntungan diri sendiri,” katanya lagi.

Beliau Juga menyokong Anwar menjadi perdana menteri ke-8 dan meminta pemimpin menyelesaikan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol lebuh raya yang dimainkan pembangkang.

Facebook Comments