Siasat Selepas Tinggalkan Kongres, Tak Puas Hati Azmin Dikritik | Malaysia News

Siasat Selepas Tinggalkan Kongres, Tak Puas Hati Azmin Dikritik

Siasat Selepas Tinggalkan Kongres, Tak Puas Hati Azmin Dikritik

Siasat Selepas Ratusan Tinggalkan Kongres Kerana Tak Puas Hati Azmin Dikritik

KONGRES PKR | Ratusan ahli PKR yang dipercayai penyokong timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertindak melangkah keluar dari kongres parti itu, dengan menyatakan rasa tidak senang terhadap ucapan yang dibuat oleh perwakilan parti.

Tindakan keluar dewan secara beramai-ramai itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang selepas perwakilan dari Penang Gooi Hsiao-Leung berucap, dengan ada yang menjerit “Balik! Keluar!”

Perwakilan yang meninggalkan dewan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai perwakilan yang dibenarkan untuk berucap kebanyakannya mengkritik Azmin.

Terdahulu, beberapa perwakilan yang berucap dilihat mengkritik Azmin, termasuk perwakilan PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari yang mengingatkan agar Azmin menumpukan tugas sebagai menteri hal ehwal ekonomi dan kurangkan menjadi “menteri pengiring”

Perwakilan Melaka Mohd Rafee Ibrahim dan perwakilan Johor Mohd Shahrun Radzi Salehudin pula menyeru supaya tindakan tegas diambil terhadap “pengkhianat” dalam PKR.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak melihat perbahasan berkenaan menyasarkan Azmin dan penyokongnya.

“Soal beberapa teguran (terhadap Azmin dan penyokongnya) dalam kongres itu perkara lumrah. Takkan bila kita jadi kerajaan, yang kita nak dengar pujian dan sanjungan (dari) perwakilan.

“Kita mesti realistik. Disiplin itu ditunjukkan presiden masa ucapan dasar,” katanya.

Katanya, kritikan jawatan menteri atau timbalan menteri yang disandang bagi memperbaiki ekonomi rakyat serta mencegah rasuah merupakan teguran biasa.

Siasat Selepas Ratusan Tinggalkan Kongres Kerana Tak Puas Hati Azmin Dikritik

Selepas Kejadian itu ada siasatan akan lakukan di AMES Hotel Ayer Keroh berkaitan isu perjalanan Kongres hari ini.

Berikut pemberitahuan yang telah diedarkan:

 

Sidang Media Tergempar

Satu sidang media tergempar akan dilakukan di AMES Hotel Ayer Keroh berkaitan isu perjalanan Kongres hari ini.

Lokasi: AMES HOTEL, Ayer Keroh – Rujuk maps

Masa: 3.30 PM

Contact Person : +60 12 295 8353

Hizwan Ahmad – Setiausaha Politik YB Zuraida Kamaruddin

SENARAI JAWATANKUASA PENAJA PARTI REFORMASI NEGARA
Presiden: YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden: YB Zuraida Kamaruddin
Naib Presiden:
1. YB Dato’ Dr. Mansor Othman
2. YB Dato’ Sri Dr. Edmund Santhara
3. Chua Tian Chang

Setiausaha Agung: YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ketua Wanita: YB Haniza Talha
Ketua Pemuda: YB Dr. Afif Bahardin

Ahli Majlis Tertinggi:
1. YB Dr. Daroyah Alwi
2. YB Azman Nasrudin
3. YB Azmizam Zaman Huri
4. YB Elizabeth Wong Keat Ping
5. YB Muhammad Hilman Idham
6. Khalid Jaafar
7. Zakaria Abdul Hamid
8. Sangetha a/p Jayakumar
9. Nur Hizwan Ahmad
10. Mohd Radzlan Jalaluddin

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply