Arab Saudi Laksana Perintah Berkurung Sempena Aidilfitri
Arab Saudi Laksana Perintah Berkurung Sempena Aidilfitri
Kuala Lumpur, MTN – Arab Saudi pada Selasa mengumumkan perintah berkurung 24 jam di seluruh negara akan dilaksana bermula 23 hingga 27 Mei sempena Aidilfitri, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak mematuhi sepenuhnya arahan terbaru itu untuk mencegah penularan Covid-19, termasuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti menjaga jarak sosial dan tidak berhimpun melebihi lima orang atau lebih.
Dalam tempoh itu, pergerakan bebas hanya dibenarkan bermula 9 pagi hingga 5 petang di semua bandar dan wilayah Arab Saudi – kecuali di Mekah.
Perintah berkurung 24 jam masih dilaksana di Mekah. Kegiatan komersial dan ekonomi juga dibenarkan dalam tempoh itu.- [Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri