Ayu Puteh - Penerbit Filem Tidak Perlu Lagi Pinjam Ah Long | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
Ayu Puteh

Ayu Puteh – Penerbit filem tidak perlu lagi pinjam ah long

Terdesak ekoran tiada peruntukan untuk menyiapkan sesebuah projek boleh mengakibatkan segelintir penerbit mengambil jalan keluar dengan meminjam daripada ah long, dakwa Ayu Puteh.

Penerbit yang juga ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Bhd (Kopelem) itu berkata, pada umumnya seseorang penerbit berdepan dengan kesukaran mendapatkan pembiayaan apabila pihak bank mengenakan syarat tertentu sebelum mereka boleh membuat pinjaman.

“Tidak dinafikan memang ada penerbit drama yang terpaksa meminjam daripada ah long apabila mereka perlu menyiapkan projek mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen.

“Apabila LO keluar, penerbit perlu siapkan projek mereka mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak stesen,” jelasnya.

Ayu ditemui pada sidang media pelancaran Kopelem yang diadakan di Pawagam Mini P Ramlee di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia Nasional (Finas) kelmarin.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi meluluskan lesen menawarkan pinjaman kepada Kopelem serentak dengan penubuhan badan itu secara rasmi.

Menterinya, Noh Omar turut mengumumkan kerajaan memberikan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan.

Pada sidang media sama, Pengerusi Kopelem, Burhanuddin Md Radzi, sebelum itu berkata mereka menghabiskan masa selama lima tahun untuk mendapatkan lesen memberi pinjaman tersebut kepada ahli-ahli Kopelem yang kini seramai 50 orang.

Kata Ayu dia memang menggalakkan penerbit drama dan filem menyertai Kopelem bagi mendapatkan pelbagai manfaat yang ditawarkan termasuk kemudahan pinjaman.

“Jangan pinjam ah long, tapi sebaliknya sertai Kopelem. Kami akan cuba bantu ahli supaya mudah mendapatkan pinjaman tanpa syarat membebankan seperti institusi kewangan lain.

“Bukan setakat tu, ahli juga mendapat banyak peluang termasuk dana yang ditawarkan kerajaan,” katanya.

Ayu yang mewakili Kopelem turut menzahirkan perasaan syukur apabila usaha badan berkenaan untuk mendapatkan lesen memberi pinjaman akhirnya membuahkah hasil.

Katanya, dalam usaha merealisasikan Kopelem sebagai sebuah badan berlesen yang diiktiraf, pelbagai proses perlu ditempuhi asalkan dapat memberi kemudahan kepada golongan penerbit industri kreatif.

“Kami berharap mendapat sokongan semua pihak dan saya juga berbangga dengan kesemua jawatankuasa yang dilantik kerana masing-masing mendukung tujuan membantu sesama ahli,” katanya. [MK]

Facebook Comments