Azmin Ali, Tertinggi Dalam Carian Google 2020 | Malaysia News

Azmin Ali, tertinggi dalam carian Google 2020

Azmin Ali, tertinggi dalam carian Google 2020

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan bekas pembantunya Haziq Abdullah Abdul Aziz adalah dua ahli politik yang mendapat carian tertinggi tahun ini dalam laporan tahunan Google Malaysia.

Azmin berada di kedudukan kedua dalam senarai itu, manakala Haziq di kedudukan kesembilan.

Individu lain dalam senarai itu ialah personaliti televisyen seperti pelakon Vanessa Angle yang berada di kedudukan teratas dan pelakon Ben Amir.

Senarai itu disusun oleh Google setiap tahun berdasarkan carian tertinggi sepanjang tahun.

Ini berbeza dengan tahun lepas yang menyaksikan musim pilihan raya umum, apabila senarai itu didominisi ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh lain yang berkaitan politik.

Bekas perdana menteri Najib Razak, yang menghadapi tindakan undang-undang berkaitan skandal 1MDB, mendahului senarai personaliti tahun lepas.

Tiada ahli-ahli politik dalam senarai itu pada tahun 2016 dan 2017.

Pada Jun lalu, video yang memaparkan dua lelaki terlibat dalam hubungan seks sejenis tersebar di internet.

Haziq, yang merupakan ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, mengaku merupakan salah seorang individu dalam rakaman berkenaan dan mendakwa Azmin sebagai pasangannya.

Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, data di Google Trends menunjukkan pertelingkahan dalaman itu tidak meningkatkan minat carian terhadap Azmin mahupun Haziq dengan ketara, berbanding skandal seks yang dikaitkan dengan mereka.

Sementara itu, ramai rakyat Malaysia dilihat beralih kepada Google untuk mencari maklumat mengenai kualiti udara.

Carian perkataan “Indeks Pencemaran Udara” mendahului senarai dengan banyak carian dilakukan pada bulan September apabila jerebu yang disebabkan kebakaran hutan di Indonesia menyelimuti ruang udara Malaysia.

Ini diikuti dengan Tanjung Piai apabila pilihan raya kecil di kawasan itu diadakan pada 16 Nov, yang menyaksikan kekalahan teruk Pakatan Harapan.

Berita lain yang menarik minat rakyat Malaysia termasuk Belanjawan 2020, harga petrol, protes Hong Kong dan Pasir Gudang.

Pasir Gudang dikaitkan dengan insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang memaksa sekolah berdekatan ditutup.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply