Azmin Harus Lebih Bersungguh Selesaikan Masalah Rantaian Makanan | Malaysia News

Azmin Harus Lebih Bersungguh Selesaikan Masalah Rantaian Makanan

Azmin Harus Lebih Bersungguh Selesaikan Masalah Rantaian Makanan

Azmin Harus Lebih Bersungguh Selesaikan Masalah Rantaian Makanan

Walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata makanan cukup, tetapi rakyat tidak dapat merasainya.

Menteri Kanan Azmin Ali yang mengetuai Jawatankuasa Khas Bekalan Makanan digesa berusaha lebih bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rantaian makanan.

“Kerajaan harus meneliti masalah supply chain dan mempermudahkan penghantaran ikan ke pasaran tanpa mengkompromikan masalah wabak Covid-19,” kata bekas timbalan menteri pertanian Sim Tze Tzin dan pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Faiz Fadzil.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas Malaysiakini melaporkan masalah pembuangan ikan di Johor dan Perak semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengerusi Persatuan Perusahaan Ikan Malaysia, Chia Tian Hee mendakwa kerugian nelayan hampir mencecah jutaan ringgit dan mereka terpaksa membuang ikan kerana penutupan pasar dan kurang sambutan orang ramai.

Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan Azli Mohd Azis turut menjelaskan situasi lebih kurang sama di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Munir Mohd Nawi bagaimanaun menjelaskan bahawa ia adalah perkara terpencil dan meminta kilang pemprosesan terlibat menghubungi pihak berkuasa.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Sim dan Faiz berkata walaupun apa yang berlaku adakah kes terpencil, nelayan terlibat tetap memerlukan pembelaan.

“Akibatnya, nelayan sekarang telah mengurangkan kekerapan ke laut kerana takut hadapi kerugian lagi.

“Ini akan menyebabkan masalah sekuriti makanan jika KPK berlanjutan dan masakan rantaian tidak diselesaikan,” katanya.

Mereka juga mendakwa harga barangan makanan telah naik di pasar, termasuk harga ikan.

“Tapi pada masa yang sama, tak banyak pilihan. Ikan juga tidak berapa segar.

“Mengapa ikan banyak didaratkan di jeti nelayan, tapi rakyat tidak dapat ikan segar dan murah?” soal mereka.

Sim dan Faiz juga mengemukakan semula cadangan skim jaminan pembelian balik supaya kerajaan membeli lebihan ikan nelayan sepanjang PKP ini.

“Langkah ini akan menjamin sekuriti makanan negara. LKIM boleh ditugaskan untuk melaksanakan guaranteed buy back scheme ini.

“Rangkaian Persatuan Nelayan dalam LKIM adalah competent untuk melaksanakan skim tersebut. LKIM juga boleh memasarkan ke pasar nelayan dengan cepat,” kata mereka.

Mereka berkata walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata makanan cukup, tetapi rakyat tidak dapat merasainya.

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply