Saifuddin: Mari kita Semua Berganding Bahu Lawan Pandemik Covid-19

Saifuddin: Mari kita Semua Berganding Bahu Lawan Pandemik Covid-19
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkongsi klip video media sosial yang menarik oleh pasukan muda bola keranjang menyeru semua orang agar duduk di rumah dan memerangi koronavirus (Covid-19) bersama-sama.
Ia dikongsikan melalui twitter rasminya yang memaparkan klip video berdurasi 1 minit 38 saat, dengan tagline #passtheballnotcovid, dihasilkan oleh pasukan wanita Simba, juara Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan 2019 (WNCBL).
Iklan yang menarik menyampaikan mesej jelas untuk kita semua barganding bahu melawan pandemik COVID19 dari @SimbaWncbl.
Siapa lagi yang ada mesej iklan mcm ni? Boleh kongsi di bawah. Kita semua mewakili Malaysia melawan COVID19!#MalaysiaBebasCovid19 #StayAtHome pic.twitter.com/QhI5F2yOPd
— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) March 28, 2020
Video itu telah dirangkumkan secara kreatif menggunakan elat kamera, bagaimana mereka melakukan hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain, semuanya berada di rumah masing-masing.
Mesej mereka: mempromosikan gaya hidup sihat ketika berada di rumah semasa penularan pandemik Covid-19 ketika ini.
“At a time of crisis like this, we do not only represent team Simba, we represent team Malaysia, better yet – team planet Earth. We ALL need to work together to fight this pandemic of Covid-19 (Pada masa krisis seperti ini, kami bukan sahaja mewakili pasukan Simba, kami juga mewakili pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai – pasukan planet Bumi. Kita SEMUA perlu bekerjasama memerangi pandemik COVID-19 ini). #StayHome, #stayhealthy and #passtheballnotcovid
Author Profile

Latest entries
SukanFebruary 6, 2025Piala Dunia Hoki 2025 – Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
NationalFebruary 6, 2025USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
NationalFebruary 5, 2025Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
NationalFebruary 5, 2025Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter dua hari