Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan bagi mengekang kes cacar monyet.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat pada 2019 kini dalam simpanan pusat.
CDC juga menjangkakan angka itu akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.
Jynneos yang dibangunkan Bavarian Nordic A/S, diluluskan Amerika Syarikat untuk digunakan bagi melawan cacar dan cacar monyet dalam kalangan dewasa berisiko tinggi berusia 18 tahun ke atas.
Terdapat lebih daripada 100 juta dos vaksin cacar ACAM-2000 yang mempunyai kesan sampingan ketara.
ACAM-2000 sebelum ini dihasilkan oleh Sanofi yang kini dihasilkan oleh Emergent BioSolutions.
Ia akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi.
Ketika ini terdapat satu kes cacar monyet disahkan di Massachusetts dan empat kes masing-masing di New York, Florida dan Utah. [AA]
Author Profile

Latest entries
Politik2023.03.21Nazri: Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi
National2023.03.21PKR cabar Hadi Awang PAS – Ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri
Kes2023.03.12Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam
Politik2023.03.12Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’