'Chopstick Mengingatkan Saya Kepada Imam Daud Ting' - Anwar | Malaysia News

‘Chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting’ – Anwar

Anwar Ibrahim

‘Chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting’ – Anwar

Kuala Lumpur, MTN – Kenyataan sensitif, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan penggunaan chopstick oleh kaum Cina sebagai sebab negara berdepan cabaran untuk mempunyai nilai kesatuan identiti mengundang pelbagai respon pemimpin dan masyarakat.

Antaranya, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir mengingatkan beliau kepada seorang ilmuan iaitu Imam Daud Ting.

“Dalam wacana tentang penggunaan chopstick saat ini, ia mengingatkan saya kepada Almarhum Imam Daud Ting yang juga penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya semasa pertemuan kami di Masjid Besar Taipei pada sekitar tahun 1980,” katanya dalam perkongsian di Twitter pada Isnin sebagai respon terhadap isu berkenaan.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut, konteks tweet beliau dilihat mencerminkan bagaimana individu yang dilahirkan dengan latar belakang berbeza dapat mendalami ilmu serta budaya dimiliki oleh kaum lain serta memanfaatkan kebolehan yang dimiliki tanpa sebarang isu. [AA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply