India Import Sekitar 46 Peratus Minyak Sawit Malaysia

India Import Sekitar 46 Peratus Minyak Sawit Malaysia
Kuala Lumpur, MTN – India mengimport 539,639 tan minyak sawit pada November, yang mana 46.6 peratus daripadanya dibekalkan oleh Malaysia.
Negara itu mengimport 244,505 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 7,500 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dari Malaysia bulan lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) pada Isnin (13/12/2021).
Import minyak yang boleh dimakan di India pada November berjumlah kira-kira 1.13 juta tan, iaitu 11 peratus lebih daripada jumlah pada Oktober.
Walaupun import minyak sawit negara itu pada November merosot dari bulan sebelumnya, import bulanan minyak kacang soya meningkat lebih dua kali ganda kepada 474,160 tan.
Import minyak sayuran pada November bernilai AS$1.75 bilion, kira-kira 78 peratus lebih tinggi dari bulan yang sama tahun lalu, menurut Kementerian Perdagangan negara itu.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor