Mahathir: Chopstick menyebabkan Malaysia tidak mempunyai identitinya

Mahathir: Chopstick menyebabkan Malaysia tidak mempunyai identitinya
Dr Mahathir dan analogi chopstick
MTN – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamuddin berkata, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir berhubung penggunaan chopstick itu telah disalah tafsir sesetengah pihak dan digunakan sebagai bahan politik.
Ujarnya, kenyataan itu sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada keunikan masyarakat di negara ini yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dan budaya tersendiri.
“Konteks sebenar yang ingin disampaikan lebih kepada bagaimana rakyat di negara ini sedia bekerjasama tanpa ambil kira soal perbezaan sentimen bangsa.
“Selagi masyarakat di negara ini menumpukan soal perbezaan, maka usaha untuk menyatukan kaum di negara ini mungkin agak sukar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Dr Mahathir menerusi kenyataannya berkata, penggunaan chopstick ketika makan menyebabkan Malaysia tidak mempunyai identitinya.
Kenyataan itu sekali gus membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati selain menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang berunsurkan perkauman. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



