Top Glove Jangka Jualan di Suku Kedua Melonjak 10 Peratus

Top Glove Jangka Jualan di Suku Kedua Melonjak 10 Peratus
Kuala Lumpur, MTN – Top Glove Corporation Bhd menjangkakan jumlah jualan bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 28 Februari 2022, akan melonjak kira-kira 10 peratus berbanding suku pertama susulan peningkatan permintaan.
Pengarah Urusan Datuk Lee Kim Meow berkata, jualan ke Amerika Syarikat (AS) dijangka menokok secara beransur-ansur selepas kumpulan itu berhasil mencapai tahap eksport sebelum ini.
Sejak 10 September lalu, Perlindungan Sempadan dan Kastam AS telah menarik balik larangan import ke atas produk kumpulan itu.
“Kami telah melihat peningkatan dalam pesanan mingguan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Dengan itu, daripada segi jualan bagi suku kedua, kami meramalkan jumlah dagangan yang lebih kukuh,” katanya baru-baru ini.
Permintaan juga mungkin didorong oleh kebimbangan mengenai penularan varian Omicron, yang sedang dipantau rapat oleh pembeli yang sedang mempertimbangkan keputusan untuk menambah stok sarung tangan.
“Kami belum melihat kesan penuh terhadap bagaimana ia merebak di seluruh dunia. Banyak pelanggan kami pada dasarnya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan saya percaya sebahagian daripada mereka juga mungkin menambah stok,” kata beliau, dengan menyatakan pesanan terbesar datang dari Asia Barat untuk kegunaan perubatan.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor