Covid-19, Euro 2020 ditunda Tahun Depan – UEFA

Covid-19, Euro 2020 ditunda Tahun Depan – UEFA
UEFA pada Selasa memutuskan tiada Euro 2020 sebaliknya digantikan dengan Euro 2021, lapor agensi berita Xinhua.
Euro yang dijadual berlangsung pada Jun dan Julai tahun ini ditangguhkan sehingga 2021 berikutan wabak Covid-19. Tarikh baharu yang dicadangkan untuk kejohanan 24 pasukan itu ialah 11 Jun hingga 11 Julai, 2021.
Keputusan itu diumumkan dalam satu persidangan video oleh UEFA, melibatkan 55 wakil pertubuhan, bersama dengan ahli Persatuan Kelab Eropah, Liga Eropah dan wakil FIFPro.
“UEFA hari ini mengumumkan penangguhan Euro 2020. Kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat dalam permainan menjadi keutamaan. Langkah itu juga untuk membantu semua pertandingan peringkat tempatan yang turut ditangguhkan dapat diselesaikan,” kata UEFA dalam satu kenyataan.
Wabak Covid-19 turut menjejaskan industri sukan dunia termasuk bola sepak di Eropah, apabila semua perlawanan dan pertandingan UEFA (termasuk persahabatan) untuk kelab dan kebangsaan terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Perlawanan play-off Euro 2020 dan perlawanan persahabatan antarabangsa yang sepatunya diadakan akhir Mac, dijadual semula pada awal Jun namun, tertakluk kepada penilaian semula keadaan, kata UEFA.
“Penundaan itu bakal membabitkan kos yang tinggi kepada UEFA, tetapi kami akan mencuba segala yang terbaik untuk memastikan pembangunan bola sepak di 55 negara (dan wilayah) tidak terjejas,” kata Presiden UEFA Aleksander Ceferin ketika mengumumkan keputusan itu.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



