Langkah Kanan Chia dan Soh di Kejohanan All-England
Langkah Kanan Chia dan Soh di Kejohanan All-England
Kuala Lumpur, MTN – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen dengan langkah kanan setelah meraih kemenangan pada Kejohanan Badminton All England di Birmingham, England pada Rabu.
Gandingan pilihan kelapan yang juga rangking 10 dunia itu, mengalahkan rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani; menang 21-15 dan 21-17 dalam perlawanan pusingan pembukaan di Arena Birmingham, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman webnya ; www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut mara ke pusingan kedua dengan mengetepikan beregu muda China, He Ji Ting dan Tan Qiang;19-21, 21-15 dan 21-12 dalam kejohanan yang menawarkan US1.1 juta (RM4.677 juta).
Bagi beregu wanita negara, dua wakil Malaysia — Vivian Hoo Kah Mun- Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.
Hoo dan Yap mengalahkan regu Nadia Fankhauser dan Iris Tabeling (Switzerland/Netherlands) dengan kemenangan 21-13 dan 21-17 manakala Mei Kuan dan Meng Yean menundukkan Li Wen Mei dan Zheng Yu dari China;15-21, 21-15 dan 21-18.
Keputusan pusingan pertama:
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan kedudukan)
Perseorangan Lelaki:
Lee Zii Jia kalahkan [6] Jonatan Christie (INA) 21-15, 21-13
Beregu Lelaki:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalahkan He Ji Ting-Tan Qiang (CHN) 19-21, 21-15, 21-12
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani 21-15, 21-17
Perseorangan Wanita:
[5] Ratchanok Intanon (THA) kalahkan Soniia Cheah 21-9, 21-11
Beregu Wanita:
Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen kalahkan Nadia Fankhauser-Iris Tabeling (SWI/NED) 21-13, 21-17
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kalahkan Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) 15-21, 21-15, 21-18
Beregu Campuran:
Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) kalahkan [7] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-16, 21-11
[6] Seo Seung Jae-Chae Yu Jung (KOR) kalahkan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-12, 21-13
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalahkan Joshua Hurlburt Yu-Josephine Wu (CAN) 21-16, 21-11.[Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri