Covid-19, PKN: Jangan Nilai Situasi Berdasarkan Jumlah Kes | Malaysia News

Covid-19, PKN: Jangan Nilai Situasi Berdasarkan Jumlah Kes

Covid-19, PKN: Jangan Nilai Situasi Berdasarkan Jumlah Kes

Covid-19, PKN: Jangan Nilai Situasi Berdasarkan Jumlah Kes

Kota Kinabalu, MTN – Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata bahawa orang awam khususnya di Sabah, dinasihatkan untuk tidak menilai situasi COVID-19 berdasarkan jumlah kes sahaja, sebaliknya perlu melihat kepada risiko transmisi wabak berkenaan.

Mengambil perbandingan kes COVID-19 di Tawau dan Kota Kinabalu, beliau berkata situasi kedua-dua daerah itu yang masing-masing mencatat 79 dan 39 kes, adalah berbeza.

Katanya, kira-kira 95 peratus kes di Tawau tertumpu kepada kluster tabligh, manakala di Kota Kinabalu hanya 62 peratus kluster tabligh dan 25 peratus adalah kes sporadik.

“Pengurusan kes sporadik lebih mencabar untuk mengenal pasti punca jangkitan dan memerlukan aktiviti kawalan lebih luas.

“Justeru, penting untuk mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Christina berkata, pasukan khas Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu telah memproses 5,007 sampel pengesanan COVID-19 yang tertunggak, dalam tempoh dua hari selepas pasukan khas itu diaktifkan pada 8 April.

Beliau berkata jumlah itu melebihi sasaran awal 4,600 sampel tertunggak yang diproses dalam masa 48 jam.

Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah Dr Christina berkata, terdapat 14 kes baharu dilaporkan semalam melibatkan lapan kes di Tawau, Kota Kinabalu (dua) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Tuaran, Penampang serta Keningau.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 280 kes setakat semalam, katanya.[Bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply