COVID-19: Trump Ugut ‘Tahan’ Dana Kepada WHO

COVID-19: Trump Ugut ‘Tahan’ Dana Kepada WHO
Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengugut untuk ‘menahan’ dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia susulan beliau mendakwa agensi antarabangsa itu berat sebelah terhadap China dan menangani pandemik COVID-19 dengan teruk.
Bercakap kepada pemberita, Trump menegaskan, beliau akan ‘melakukan penahanan sangat berkuasa’ terhadap WHO.
AS adalah sumber pendanaan terbesar kepada WHO yang juga badan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bagaimanapun, Trump tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jumlah wang yang akan ditahan atau bila tindakan itu akan diambil.
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



