Covid-19 Varian Delta kini dominan di peringkat global – WHO

Covid-19 Varian Delta kini dominan di peringkat global – WHO
Geneva, MTN – Varian Delta yang kali pertama dikesan di India kini menjadi varian dominan di peringkat global.
Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan memaklumkan, beberapa negara mencatat peningkatan mendadak kes COVID-19 kesan daripada varian Delta.
Ia termasuk Britain, Jerman dan Rusia.
Menurut Swaminathan, pihaknya kecewa dengan perkembangan pembangunan vaksin yang masih belum menepati standard WHO.
Hakikatnya, dengan penularan varian Delta, wujud keperluan untuk dos vaksin yang lebih berkesan.
Benua Afrika kekal menjadi kebimbangan utama WHO, walaupun jangkitannya hanya menyumbang lima peratus kadar jangkitan global. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



