Russia Bersedia Dialog Lanjut Dengan Amerika | Malaysia News

Russia bersedia dialog lanjut dengan Amerika

Russia bersedia dialog lanjut dengan Amerika

Russia bersedia dialog lanjut dengan Amerika

Moscow, MTN – Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan kesediaan untuk meneruskan dialog dengan Amerika Syarikat (AS), selepas beliau menghadiri mesyuarat sidang kemuncak dengan Joe Biden, sekiranya Presiden AS itu juga menyatakan hasrat sama.

“Kami bersedia mengadakan dialog ini jika di pihak Amerika juga sa,a,” kata Putin dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen, sehari selepas dua pemimpin itu mengadakan perbincangan secara bersemuka di Geneva.

Kremlin hari ni, mengalu-alukan komitmen Presiden AS dan Russia untuk berdialog mengenai ‘kestabilan strategik’ dan pengawalan senjata, sehari selepas pertemuan dua pemimpin itu pada sidang kemuncak bersejarah di Geneva.

Putin dan Biden dalam kenyataan ringkas disusuli mesyuarat secara bersemuka pertama, bersetuju untuk memulakan dialog mengenai pengawalan senjata nuklear.

Ketika pentadbiran Donald Trump sebagai Presiden, AS menarik diri dari beberapa perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian Jangka Pertengahan Angkatan Nuklear (INF) dengan Russia.

“Walaupun ia cuma pernyataan pendek tetapi kenyataan bersama mengenai kestabilan strategik menyedari tanggungjawab istimewa dua negara bukan hanya untuk rakyat masing-masing malah kepada seluruh dunia,” kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov, dalam wawancara radio hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov, berkata penolakan terhadap kemungkinan perang nuklear oleh kedua-dua pihak ialah kejayaan sebenar.

Sejak perlanjutan perjanjian nuklear New START di bawah Biden, Ryabkov berkata, itu langkah kedua Washington dalam usaha memulihkan pertimbangan akal dan pendekatan bertanggungjawab terhadap aspek utama keselamatan negara.

New START ialah pakatan terakhir untuk mengurangkan senjata di antara dua negara nuklear yang memiliki lebih 90 peratus senjata nuklear dunia.

Menurut Ryabkov, dialog mengenai kestabilan strategik di antara Moscow dan Washington akan bermula tidak lama lagi.

“Ia beberapa minggu lagi, bukan beberapa bulan,” katanya.

Selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu yang berlangsung lebih tiga jam, Putin yang bercakap kepada wartawan berkata, pertemuan itu konstruktif namun masih ada beberapa isu memecah-belahkan.

Hubungan di antara Moscow dan Washington berada di tahap terendah sejak Perang Dingin tamat sehingga masing-masing berlumba menghasilkan senjata baharu. [AFP]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply