Covid-19: Varian Delta merebak hampir semua negeri
Covid-19: Varian Delta merebak hampir semua negeri
PutraJaya, MTN – Varian baharu Delta sudah merebak hampir ke setiap negeri, menyebabkan berlakunya peningkatan kes mendadak di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus COVID-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.
“Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.
“Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh dijangkiti,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini penularan COVID-19 di negara ini sudah mampu dikawal dan unjuran kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Jun lalu juga mampu diratakan.
“Sebelum pelaksanaan PKPD pada Jun lalu, dalam tempoh 10 hari kita dapat ratakan kes daripada 9,000 kes sehari kepada 5,000 hingga 6,000 kes sehari.
“Bagaimapun, kes positif COVID-19 dilihat meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini yang disebabkan oleh varian Delta,” katanya. [BH]
Author Profile
Latest entries
- NationalJanuary 22, 2025Pantang undur, demo antirasuah 25 Jan tetap jalan
- NationalJanuary 19, 2025Perjanjian perdagangan bebas M’sia-UK dijangka tingkat pelaburan
- InternationalJanuary 17, 2025Thailand kemas kini program visa jangka panjang
- InternationalJanuary 16, 2025Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini