Covisd-19: Berhentilah, Dr Mahathir Bermain Politik | Malaysia News
September 19, 2024

Covisd-19: Berhentilah, Dr Mahathir Bermain Politik

Covisd-19: Berhentilah, Dr Mahathir Bermain Politik

Kuala Lumpur, MTN – Tampak begitu jelas rata-rata rakyat Malaysia semakin bosan dan muak dengan kemelut politik tanah air lagi-lagi ketika pandemik Covid-19 masih lagi belum ada tanda-tanda ianya akan pulih dalam masa terdekat.

Ini jelas kelihatan sendiri dalam komen netizen ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Perutusan 9 Mei Mandat Rakyat bersempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Harapan di Facebooknya malam tadi.

Kebanyakan netizen dipercayai rakyat biasa juga mengambil kesempatan ini untuk merayu dan meminta Tun Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu untuk berehat sahaja di rumah dan berhenti berpolitik ketika ini.

Malah pandemik Covid-19 sehingga memaksa kerajaan yang diterajui oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas sehingga kini.

Ini juga menyebabkan pelbagai isu melibatkan sosio ekonomi rakyat terus menjadi tanda tanya sehingga isu-isu lain di tolak tepi pada masa ini.

Menurut Kamarudin Abdulah, sudah tiba masanya untuk Tun Mahathir memberi laluan kepada generasi baru memimpin negara, cukuplah

“Tun, rehatlah. Bagi generasi baru memimpin. You have done a great job for Malaysia dan kami hargai.

“Tun sendiri yang letak jawatan dan kini hendak balik. Adilkah kepada rakyat? Rakyat sudah ‘stress’ dengan Covid-19 dan kemelut politik tidak sudah-sudah. Tun mau apa lagi?

“You will be remembered as one of Malaysia great leader,” tulisnya.

Tulisan itu juga mendapat 766 butang ‘likes’ dan lebih 60 netizen juga bersetuju dengan pendapat Kamarudin.

Imej3Bagi Mohd Haizum Ahmad pula, dirinya begitu kecewa dengan perutusan dikeluarkan oleh Tun Mahathir yang padanya langsung tidak menyentuh isu-isu pasca Covid-19 mahupun memberi kekuatan kepada rakyat menghadapi hari-hari sukar kelak.

“Tun, selama 15 minit 30 saat ini, saya cuba untuk menjadi neutral mencari ‘input’ yang bermanfaat dari kata-kata Tun. Tidak ada satu yang disentuh pembangunan semula negara pasca PKP, penghargaan buat barisan hadapan mahupun minta rakyat jadi kuat bangkit semula.

“Yang ada hanya salah orang itu dan ini, orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Asyik orang lain sahaja kena muhasabah diri,

“Dalam keadaan ekonomi yang menguncup, tiada yang lebih penting selain memastikan kestabilan politik dan meraih keyakinan pelabur. Kemon Tun,” luahnya.

Imej2Jessie Lee pula berpendapat lebih baik tidak bercakap tentang politik sebaliknya hanya utamakan usaha tangani Covid-19 yang ternyata belum ada vaksin untuk mengubatinya pada masa ini.

Bagi Deera Mandy pula adalah lebih baik Tun berehat sahaja dan lebihkan bermusabah diri dan ingat Tuhan.

“Sila berehat Tun. Banyak-banyak ingat akhirat, dunia ini tiada apa pun walaupun harta berbilion dalam akaun, mati hanya amalan yang kita bawa bekal,” ujarnya.

Akram Mustaqim merasakan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) lebih baik daripada PH itu sendiri.

“Saya rasa Tun Mahathir mahupun yang lain tidak boleh nafi hakikat PN lebih baik pemerintahnya berbanding kerajaan PH yang dulu,” katanya.

Cythia Lim pula menyoal kembali mengapakah tidak boleh rakyat di negara ini insaf tatkala Covid-19 yang sebenarnya memberi pengajaran cukup baik.

Tg Faizal Tg Zainudin pula mengkritik Tun Mahathir kembali selepas melihat perutusan tersebut.

“Ramainya kutuk dan perlekehkan kamu Tun Mahathir. Tidak seperti PRU sebelum ini, sebenarnya sudah tidak ada harapan lagi Tun Mahathir. Harapan sudah berkubur, anak muda sudah tidak lagi menjadi majoriti kamu,” tulisnya.

N Hafizi Kamaruzzaman pula mengakui dirinya kini lebih selesa dengan kerajaan kini berbanding di bawah Tun Mahathir.

Shaikh Mohd Shahril pula secara berseloroh berkata supaya berhati-hati dengan kumpulan ‘kluster gila kuasa’.

“Berhati-hati dengan kluster gila kuasa dan mabuk kuasa. Dua-dua kluster ini punca negara tidak pernah aman sejak dulu lagi,” tegasnya.

Chris Wong pula dalam nada berlawak bertanya ‘Siapa Mahathir’.

“Siapa Madey? Aku tak undi dia. Aku marah! Sambil makan Super Ring,” katanya.

Amin SA pula mengucapkan terima kasih kerana Tun Mahathir berjaya menumbangkan PH sebelum ini.

Bagi Azim Azmi pula, dirinya amat menghormati Tun Mahathir namun negara lebih memerlukan kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Sekurang-kurangnya 9,800 pandangan serta komen yang kebanyakannya lebih banyak mengkritik, menyalahkan Tun Mahathir jika hendak dibanding dengan mesej positif atau mengalu-alukan kehadiran beliau mahupun PH kembali.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply