Dewan Rakyat tak Bersidang, Hanya Istiadat Pembukaan YDPA

Dewan Rakyat tak Bersidang, Hanya Istiadat Pembukaan YDPA
Kuala Lumpur, MTN – Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama satu hari pada 18 Mei ini hanya melibatkan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Tiada sidang selepas Titah Diraja, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini.
“Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada Isnin 18 Mei 2020, jam 10 pagi- Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.
“Tiada sidang selepas Titah Diraja. Pindaan ini adalah selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri