Diganggu Pembangkang, Annuar Musa: Mesyuarat UMNO Bicangkan PRU Ke-15 | Malaysia News

Diganggu Pembangkang, Annuar Musa: Mesyuarat UMNO Bicangkan PRU ke-15

Diganggu Pembangkang, Annuar Musa: Mesyuarat UMNO Bicangkan PRU ke-15

Kuala Lumpur, MTN – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan mesyuarat malam tadi ada membincangkan soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara mengejut tetapi bukan secara khusus.

Perkara tersebut, katanya, dibincangkan secara umum dalam susulan kerajaan hari ini terus diganggu oleh pembangkang.

“Ada bincang secara umum tentang cakap-cakap kemungkinan hendak adakan snap election (pilihan raya mengejut) tapi itu belum isu lagi belum berbangkit.

“Itu semua spekulasi awal. Jadi takkan terus nak bincang bagi kerusi dah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato’ Onn malam tadi.

Beliau mengulas mengenai pelbagai usaha Pakatan Harapan (PH) untuk merampas Kerajaan Persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN).

Ini termasuklah mendakwa mempunyai jumlah ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk semula kerajaan PH Plus.

Annuar juga menyifatkan permintaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai jumlah kerusi Parlimen yang bakal ditandingi dalam PRU-15 sebagai sesuatu yang biasa.

Beliau turut memperincikan perbincangan umum mengenai persiapaan UMNO bagi menghadapi pilihan raya mengejut termasuk kedudukan dan hala tuju parti itu.

“Perbincangan secara umum itu tentang memperkasakan kedudukan kita dan apakah agenda yang harus kita mainkan

“Ini termasuklah sebagai sebuah parti teras orang Melayu, Islam dan kita juga mendengar pandangan-pandangan termasuk daripada penasihat UMNO,” katanya.

Sementara itu, Annuar menafikan mesyuarat MT UMNO malam ini membincangkan cadangan Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Tidak ada, kita lusa ada mesyuarat bersama jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Tok Mad (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Barangkali di situ ada bincang. Malam ini perbincangan secara umum, secara biasa,” katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Annuar berharap Barisan Nasional (BN) diberi peluang untuk menang tanpa bertanding susulan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita berharap supaya BN diberi peluang untuk menang tanpa bertanding supaya kesulitan bertanding di masa PKPP berkuatkuasa.

“Saya sebagai orang yang bertanggungjawab dalam PRK kena buat persiapan PRK,” katanya lagi. [mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply