DPIA Mahu Melayu Bersatu, Kukuh Ekonomi   | Malaysia News

DPIA Mahu Melayu Bersatu, Kukuh Ekonomi  

DPIA Mahu Melayu Bersatu, Kukuh Ekonomi  

Kuala Lumpur, MTN – Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA) menyarankan agar orang Melayu kekal bersatu bagi mengukuhkan kembali kekuatan ekonomi di negara ini

Persidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, semangat itu tidak boleh berpecah kerana ia akan merugikan sesama sendiri.

“Untuk menaikkan kembali pegangan ekonomi orang Melayu kena bersatu, tidak boleh berpecah. Kekuatan ini, saya yakin dan percaya kita bole bangkit untuk membina ekonomi dan menikmati kemakmuran bersama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Moehammad Izat, pada suku ketiga tahun ini selepas dilanda pelbagai cabaran antaranya politik dan Covid-19 kini adalah masa untul memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi semula.

“Kita sudah hadapi macam-macam masalah, sekarang ada masa untuk membina ekonomi khususnya ekonomi orang Melayu. Jika masih bertelagah sesama sendiri contohnya dalam politik ia akan memberi kesan dalam kestabilan ekonomi.

“Jika hal ini tidak ditangani ia akan merugikan dan banyak masa terbuang,” ujarnya.

Menurut Moehamad Izat, biar parti politik buat kerja mereka dan pemain industri perlu fokus bersatu barulah ekonomi berkembang maju.

“Hari ini kita lihat kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tan Sri Annuar Musa telah berusaha untuk mengukuhkan kembali orang Melayu.

“Semua ini adalah petanda baik untuk Melayu bersungguh membangunkan ekonominya,” ujar beliau.- MalaysiaGazette

Jelasnya, kemajuan bangsa Melayu ternyata akan berkembang maju di seluruh benua Asean.

Katanya, semua Melayu ini boleh berkembang apabila melakukan perniagaan antara satu sama lain dan bekerjasama mengisi kekosongan seperti yang berlaku hasil kelemahan ekonomi Amerika.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply