Dzulkefly: Kenyataan Pengarah WHO Cetus Kebimbangan Rakyat | Malaysia News

Dzulkefly: Kenyataan Pengarah WHO Cetus Kebimbangan Rakyat

Dzulkefly: Kenyataan Pengarah WHO Cetus Kebimbangan Rakyat

Putrajaya, MTN – Datuk Seri Dzulkefly Ahmad risau kenyataan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi rantau Asia Pasifik Barat, Dr. Takeshi Kasai yang menasihati kerajaan Malaysia bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran wabak yang lebih luas akan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata bahawa dengan menghargai kenyataan WHO dan menyifatkannya sebagai peringatan kesiapsiagaan bagi menghadapi wabak Covid-19.

Katanya, situasi jangkitan Covid-19 adalah terkawal dan masih berada pada tahap pembendungan awal dan bersedia menghadapi fasa seterusnya, iaitu Tahap Pembendungan Akhir dan Tahap Mitigasi.

“Setelah kami perhatikan dan meneliti saranan WHO mendapati pertamanya kita belum sampai ke tahap itu seperti yang dirisaukan Takeshi, dan kalaupun kita sampai tahap itu nanti,” katanya.

“Kalaulah kita buat pengisytiharan sebagai krisis, nasihat WHO itu akan diletakkan pada perspektif sebetulnya,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, saat ini kerajaan mempunyai 18 buah makmal awam yang menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 iaitu 12 makmal hospital kerajaan, sebuah makmal kesihatan awam kebangsaan di Sungai Buloh dan empat makmal kesihatan awam masing-masing di Perak, Johor, Kelantan dan Sabah serta sebuah Institut Penyelidikan Perubatan.

“Setakat ini sebanyak 550 ujian pengesanan Covid-19 telah dijalankan ke atas pesakit yang bergejala dan juga kontak rapat dan hanya 18 pesakit daripada jumlah itu disahkan positif jangkitan Covid-19,” ungkapnya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply