Fahmi Fadzil: Kerajaan PN Bakal Berdepan Cabaran Komunikasi
Fahmi Fadzil: Kerajaan PN Bakal Berdepan Cabaran Komunikasi
Kuala Lumpur, MTN – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berpandangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan cabaran komunikasi yang lebih hebat berbanding PH.
Hal itu, katanya, dapat dilihat daripada beberapa perkembangan yang berlaku sehari dua ini.
“Cabaran yang dihadapi PH tempoh hari (semasa menjadi kerajaan) berkenaan dengan komunikasi, kali ini akan bertambah mencabar (untuk PN).
“Semalam (kelmarin) kita lihat menteri alam sekitar memberikan pendirian yang agak ganjil tentang isu pembalakan.
“Jadi, adakah trend ini akan berterusan?” katanya kepada Malaysiakini.
Fahmi merujuk laporan Malaysiakini semalam yang memaparkan Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan yang menerima kritikan banyak pihak.
Kata Tuan Ibrahim, berbeza daripada negeri lain, pembalak di Kelantan mendapat sijil Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan kritikan itu sebahagiannya hanyalah kerana sentimen memandangkan Kelantan merupakan negeri sebelum ini pembangkang.
Jangan tukar nakhoda
Namun, Tuan Ibrahim turut menyatakan soal menangani isu pembalakan akan tetap dilihat secara serius.
Kata Fahmi, isu-isu berkaitan komunikasi seperti itu akan membantutkan pentadbiran PN yang baru terbentuk dua hari lalu.
“Saya rasa hal-hal seperti itu yang bagi saya akan menyebabkan pergerakan pentadbiran ini agak terencat, agak terganggu.
“Kalau sebelum ini ada disebut: Jangan tukar nakhoda di tengah pelayaran.
“Haa.. inilah yang sebenarnya telah dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam pembentukan kerajaan dan kabinet pintu belakang,” kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Seperti kata Fahmi, sepanjang kira-kira 22 bulan pemerintahan PH, menteri-menterinya juga berdepan kritikan dalam komunikasi mereka.
Hal itu pernah diakui oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang pada November lalu yang menyatakan kelemahan kerajaan PH yang diketuainya adalah dari sudut komunikasi.
Dalam reaksi terhadap laporan semalam, Kementerian Alam Sekitar mendakwa laporan berkenaan tidak tepat, dengan menegaskan bahawa aktiviti pembalakan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Malaysiakini mempertahankan laporan bertajuk “Tuan Ibrahim pertahan pembalakan di Kelantan” yang ditulis berdasarkan temu bual santai dengan Tuan Ibrahim selepas selesai sidang media dan upacara merakamkan waktu mula bekerja semalam.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri