Gempa Bumi Turki – SMART berlepas ke Turkiye, bantu misi SAR

Gempa Bumi Turki – SMART berlepas ke Turkiye, bantu misi SAR
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berlepas ke Turkiye pada malam Isnin bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terjejas akibat gempa bumi di sana.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana tersebut.
“Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi kesembuhan kepada mangsa dan ketenangan yang cepat kepada yang berduka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Media pada Isnin melaporkan gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dilapor melanda wilayah selatan Turkiye di Kahramanmaras jam 4.17 pagi.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan ia berpusat di daerah Pazarcik.
Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep dilaporkan telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.
Menurut Kementerian Luar, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas dengan kejadian tersebut. [SH]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia