Hadi Digesa Nyata Pendirian Isu Perjanjian Damai UAE – Israel
Hadi Digesa Nyata Pendirian Isu Perjanjian Damai UAE – Israel
Kuala Lumpur, MTN | Pembangkang menggesa Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang, tampil menyatakan pendirian dalam isu membabitkan perjanjian damai dua hala antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata Abdul Hadi perlu menyatakan pendirian dan pandangan beliau tentang hubungan Malaysia dengan Israel.
Katanya, jika dulu PAS adalah pihak yang pertama bersuara dan berdemonstrasi apabila pasukan kriket Israel datang ke Malaysia, tetapi sesudah menjadi kerajaan, parti itu membisu dalam isu berkenaan.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan kerajaan Melayu-Islam mesti membuat pendirian jelas.
“Perjanjian damai disusuli hubungan diplomatik penuh di antara Tel Aviv dan UAE itu amat mengemparkan.
“Rakyat Palestin yang puluhan tahun dizalimi Israel berasa dikhianati saudara seislam dan bangsa Arab sendiri. Dahulu dikhianati oleh Mesir dan Jordan yang juga telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel.
“Sekarang UAE pula. Dan selepas ini siapa pula? Adakah Malaysia akan menyusul?” soalnya.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 13 Ogos lalu mengumumkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Putera Mahkota UAE Mohammed Zayed bersetuju memeterai perdamaian yang dikenali Perjanjian Abraham.
Terus bersolidariti dengan Palestin
Bernama pula melaporkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis menyuarakan pendiriannya menolak pengumuman perjanjian didakwa mahu memulihkan hubungan diplomatik UAE dengan rejim Israel.
Mahmoud berkata demikian melalui perbualan telefon dengan ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
Raja Kamarul Bahrin berkata, umat Islam menuntut kerajaan Malaysia membuat pendirian tentang hubungan dengan Israel.
Baca Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE-Israel
“Adakah kita terus membenar rakyat Israel masuk Malaysia dan juga membenar perniagaan dengan Israel seperti pembeliaan alat perisikan dari Tel Aviv baru-baru ini?
“Adakah perniagaan dengan Israel dan pengaruh AS lebih penting kepada kerajaan PN berbanding pembelaan saudara Islam Palestin yang sudah lama dizalimi?” tegasnya.
Sementara itu gesaan sama turut dinyatakan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Amanah Muhammad Fauzi Hasim yang mendesak agar Kementerian Luar menghantar bantahan rasmi kepada Abu Dhabi dan Washington.
“Pemuda Amanah akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak-hak mereka, selari dengan ajaran Islam dan tuntutan kemanusiaan sejagat.
“Kami menganggap tindakan UAE itu sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan menuntut hak-hak rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel selama ini,” katanya.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri