‘Hantu dari Kiev’ tembak 10 jet Rusia

‘Hantu dari Kiev’ tembak 10 jet Rusia
Seorang juruterbang jet pejuang Ukraine yang berjaya menembak 10 jet tempur tentera Rusia telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.
Bagaimanapun, muka sebenar juruterbang itu tidak didedahkan apabila beliau memakai visor berwarna hitam dan topi pesawat serta topeng oksigen sekali gus melindungi wajahnya yang sebenar.
Ketika imej juruterbang itu dirakamkan, dia sedang berada di dalam kokpit jet pejuang buatan Kesatuan Soviet iaitu MiG-29 yang digunakan oleh tentera Ukraine bagi menentang tentera Rusia.
Imej itu didedahkan oleh kakitangan am tentera Ukraine dan juruterbang itu sebelum ini digelar sebagai ‘hantu dari Kiev’.
Ukraine mendakwa telah menembak jatuh beberapa pesawat Rusia semasa perang di negara itu tercetus pada 24 Februari lalu.
Putin dilaporkan mempunyai hampir 1,200 buah pesawat tempur sebelum permusuhan tersebut bermula manakala Ukraine pula dilaporkan hanya mempunyai 124 buah jet. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



