Hanya dua cara Perdana Menteri baharu boleh dilantik

Hanya dua cara Perdana Menteri baharu boleh dilantik
MTN – Pakar perlembagaan berpandangan terdapat dua cara boleh dilakukan ketika ini berhubung pelantikan perdana menteri baharu susulan keputusan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cara pertama ialah Muhyiddin meletak jawatan sekiranya merasakan perlu berbuat demikian dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Cara kedua, ahli Parlimen mengemukakan perakuan berkanun (SD) menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan menyatakan kepercayaan kepada seseorang yang lain untuk menjadi perdana menteri.
“Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula.
“Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan. Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
“Oleh kerana pelantikan Muhyiddin dahulu berdasarkan kepercayaan majoriti dan dibuktikan melalui dokumen undang-undang iaitu SD, maka untuk menyatakan sebaliknya ketika ini, ia perlu dilakukan semula.
“Sebab syarat untuk menjadi perdana menteri interim, ia tidak ada peruntukkan khusus dalam perlembagaan. Apabila mahu melantik perdana menteri, seseorang itu hendaklah juga pada hemat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kepercayaan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



