Harga Minyak Dunia Terus Merosot, Cecah Paras Terendah Sejak Tahun 1990an | Malaysia News

Harga Minyak Dunia Terus Merosot, Cecah Paras Terendah Sejak Tahun 1990an

Harga Minyak Dunia Terus Merosot, Cecah Paras Terendah Sejak Tahun 1990an

Harga Minyak Dunia Terus Merosot, Cecah Paras Terendah Sejak Tahun 1990an

Kuala Lumpur, MTN – Harga minyak terus merosot lagi, dengan Brent jatuh ke tahap terendah sejak tahun 1999. Pasaran juga bergelut dengan lambakan minyak mentah di tengah kejatuhan permintaan untuk gasoline, bahan bakar jet dan pelbagai kegunaan lain akibat wabak koronavirus.

Minyak mentah Brent, yang jatuh 24 peratus pada sesi sebelum ini, mencecah AS$15.98 setong, terendah sejak Jun 1999. Ia diniagakan kurang AS$2.37, atau 12 peratus pada harga AS$16.96 pada 0511 GMT.

West Texas Intermediate jatuh 51 sen, atau 4.4 peratus menjadi AS$11.06 setong.

Kejatuhan itu adalah penurunan dua hari paling teruk dalam sejarah perdagangan minyak, kerana penawaran di seluruh dunia melebihi permintaan selama berbulan-bulan akan datang dan pengurangan pengeluaran semasa masih tidak dapat mengimbangi lebihan berkenaan.

Harga minyak telahpun merosot sekitar 80 peratus tahun ini ketika wabak itu merebak di seluruh dunia, dan meragut nyawa hampir 180,000 orang, menjejaskan pasaran kewangan dan membawa kepada apa yang boleh menjadi krisis ekonomi terburuk sejak tahun 1930-an.

Wabak virus itu menyebabkan permintaan bahan bakar menurun sekitar 30 peratus di seluruh dunia dan syarikat tenaga di Amerika Syarikat, pengeluar terbesar di dunia, berusaha mencari tempat bagi menimpan bekalan yang berlebihan.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply